Assalamualaikum
Awak semua ada kawan tak yang dalam masalah? Tengah down sangat? Perlukan segala sokongan yang ada? Tapi malangnya dia tolak semua orang yang ambil berat tentang dia.
Awak,
Dalam dunia ini semua orang ada masalah. Mungkin kita nampak masalah kita besar sangat tapi percaya laa ada orang yang ada masalah lagi besar dari yang kita hadapi. Harini saya ada baca blog seseorang. Dia tiada rumah. Setiap hari dia tidur di kerusi di ofis dia. Sedih kan awak? Perempuan pulak tu.
Awak,
Kalau awak perlukan kawan,datanglah pada kawan awak. Kami bukannya kawan di kala senang. Di kala susah ditinggalkan. Kami kawan,kami sahabat,kami akan bantu kalau awak sendiri mahu dibantu. Jangan dipendam masalah yang ada sorang-sorang. Itu sebab hidup ini bermasyarakat. Kita saling bantu membantu satu sama lain.
Awak,
Tiada siapa yang dapat bantu awak selain diri awak sendiri. Saya dah cuba,mungkin saya x cukup mencuba. Mungkin cubaan saya tak cukup. Saya cuba awak,saya tak paksa. Awak je yang boleh ubah diri awak. Awak je yang boleh mengubah nasib awak.
Awak,
Hulurkan tangan awak. Lihat berapa ramai yang sanggup memegang tangan awak bersama-sama. Mungkin tiada yang dapat membantu tapi kesusahan yang dipikul bersama adalah lagi baik dari menanggungnya sendiri.
Awak,
Hari ini awak susah,kawan-kawan awak bantu awak. hari esok kawan awak susah. Bantulah mereka. Kawan bukan ada semasa seronok sahaja. Kami ada semasa kesusahan juga. Sebab kami kawan. kami sahabat. Jangan tolak kami. Kami sayang awak.
Hulurkan tangan,terima bantuan. Awak sahaja dapat membantu diri awak.
LIKE it of you like it ;)





2 yummy sh0utouts:
LIKE LIKE LIKE :D
Nice post,
don't forget to visit and join to mu Blog,
http://gapekamania.blogspot.com
I'm already join to your blog ;)
Saya tunggu di Blog saya, Kirim komentar di post juga ya . ;)
Post a Comment