Assalamualaikum
Cuti CNY yang dihabiskan di Ipoh ends well walaupun permulaan nya tak berapa nak best. Rancangnya mahu ke Lost World bermandi manda dengan para sahabat. Membuat nugget challenge yg perlu dilunaskan. Makan kek choc moist yang lama diidamkan. Mesej diberi tidak dibalas. Terasa emo di kala menunggu mesej tersebut.
Plan ditukar lepak2 di Jaya Jusco macam selalu. Niat nak karaoke dihancurkan dengan papan tanda "Fully Booked,no waiting. First Come First Serve". Apa maksud sebenar papan tanda tu masih tidak difahami. Bertukar tempat ke Greentown Mall. Plannya hanya mahu merempit. Tak sedar ada sahabat yang dah maju boleh membawa kereta walaupun belum test JPJ lagi. Terasa bangga macam tengok anak sendiri graduation pula.
Ye,karaoke di Greentown Mall yang tempatnya agak menakutkan. Rasa macam masuk scene Ombak Rindu dekat kelab tu. Dengan bau rokok,tempat tu ala2 gelap. Memang berpaut je aku kat si Sasa tu. Alhamdulillah bilik dia besar dan memuaskan. Masuk-masuk,melompat sekejap atas sofa,terus dendangkan lagu.
Aqmal dengan Sasa memang gila karaoke. Bertempur sesama sendiri suara siapa lagi power. Lagu jiwang mendayu dayu memang pilihan hati deme. Saya dan Didiey bergandingan di setiap lagu. Dari Farahdhiya,Avril Lavigne,Mariah Carey,Toni Braxton. Semua kami sental. Menyanyi dengan penuh perasaan. Si Nayyem agak memalu. Tapi bila dia menanyi verse lagu Spider secara solo,semua agak terdiam nak dengar suara pemalu dia.
Malam pun sampai,pergi Vanggey Greentown makan-makan. Tergelak besar sembang pasal sekolah. Pasal kawan-kawan. Dan pasal Nayyem dan kekasih baru. Terus call kekasih Nayyem suruh luahkan I LOVE you depan kami. Hahahah. Padan muka. Seksaan pada kekasih baru itu perlu.
p/s:Saya teringat kisah 4 tahun lalu di dalam kelas bila handphone Sasa dirampas dan kami disoal macam semalam. Dan ditanya soalan yang sama macam semalam. Buddies can be so stupid sometimes. Ayat Acong dengan Aqmal 5 tahun lepas,"Saja je nak tahu,kalau betul aku doakan korang bahagia'. Same here Nayyem. aku tahu kau baca. Aku doakan kau bahagia juga.
Last but not least aku sayangkan anda semua sahabat. Juga pada sahabat yang tiada bersama. Ezan,Mahfuz,Acong,Atiq :)
LIKE it of you like it ;)







1 yummy sh0utouts:
hiuhiu... a day out ngan kawan+ pakwe sangat hebad agaknye.. coz biase pakwe3 x ska kawan2 ada skali kan.. r8 sofiey?
Post a Comment